Transformasi bolasepak JDT telah berjaya diperluas sehingga ke peringkat tertinggi setelah menjadikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan yang profesional. Dengan pengurusan dan kestabilan organisasi dari segala aspek, perubahan turut dilakukan termasuk membangunkan sukan bolasepak, mewujudkan program pembangunan akar umbi melalui akademi bolasepak dan menaiktaraf stadium, pusat latihan dan fasiliti sukan. Peranan dan penglibatan penyokong adalah pelengkap transformasi berjaya bolasepak Johor. YAYASAN JDT diperkenalkan bagi memenuhi hasrat penyokong untuk sama-sama merealisasikan impian dan kejayaan pasukan Kelab Bolasepak JDT. Didaftarkan secara rasmi pada 24 Ogos 2016. Berdaftar dibawah Seksyen 24, Akta Syarikat 1965.
Menjadi sebahagian daripada penggerak utama kepada transformasi bolasepak JDT.
Menjana, merencanakan dan mengurus dana bagi menyokong dan membantu melaksanakan untuk mencapai matlamat dan hala tuju dalam transformasi bolasepak JDT. Menjayakan sepenuhnya setiap perancangan termasuk menyediakan kemudahan, kebajikan, selain mempelbagaikan aktiviti dan tanggungjawab sosial bagi memenuhi objektif Yayasan
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jdt
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jdt
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jdt
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jdt
Individu yang ingin menjadi sebahagian keluarga JDT yang besar
Syarikat/Organisasi yang menyokong Yayasan JDT (Sumbangan melalui usahasama dan kerjasama)
Program dan aktiviti yang menjana pendapatan Yayasan (Sumbangan melalui jualan barangan rasmi Yayasan JDT)
Kad Keahlian Yayasan JDT dengan fungsi e-Wallet
Laluan Khas di Pintu Masuk Stadium
Diskaun Barangan Terpilih Yayasan JDT
* Pihak YAYASAN JDT tidak melantik mana-mana orang untuk menjalankan tugas mengutip kutipan sumbangan. Semua sumbangan adalah melalui perkhidmatan online sahaja